dah lama aku kompius...dan jugak jelek, bila selalunya bila time sebut Islam, mesti terpacul perkataan Melayu...Islam bukan hanya untuk Melayu, dan tidak semestinya seorang Melayu tu beragama Islam...
dan selalunya dengar seseorang Melayu tu murtad Islam, semua akan marah, berapi2, selalunya, pasal, dia tu Melayu...
dan kecoh kat Singapore, ada paderi Kristian yang berbangsa Melayu...so what dia Melayu...again nak ditegaskan, Islam tak semestinya sinonim dengan Melayu... ada Chinese Muslim, Indian Muslim, Iban Muslim, African American Muslim, dan berbagai bangsa lain yang beragama Islam.kalau tak percaya, pergila ke luar negara sekejap, buka mata tu sikit. bangsa Arab pon, bukan semuanya Muslim, ada Kristian, ada Jew, ada yg sembah api...
bukan untuk mencela bangsa sendiri, tetapi ingatla, jangan la terlalu taksub dengan bangsa, Berbangga, boleh, tetapi ingat kita hidup ni dalam dunia yang berbilang bangsa...tidak ada tiket dikhaskan untuk Melayu ke syurga, hanya untuk org yang bertaqwa dan diredhaiNya, biarla dia berbangsa apa sekalipun.
ini, sampai siap ada kononnya, satu konspirasi oleh pihak barat and yahudi untuk menghancurkan bangsa Melayu??? besar sangat ka bangsa Melayu ni, ada pon kat area Nusantara..dan ada la sikit-sikit kat lain-lain tempat, sampai ada konspirasi nak hancurkan bangsa Melayu?? setahu aku memang ada konspirasi untuk jatuhkan Islam, ada...Melayu, i'm not so sure. macam tak pernah dengar hadith or ayat AlQuran yang sebut "bangsa Melayu" pun.
lagi satu Pemuda Umno, macam bagus sangat...orang cakap sikit, pasal Melayu, terus melatah, siap Takbir lagi, ini yang buat agama lain nampak Islam macam fanatics. orang Melayu ni cepat sangat melatah. cepat sangat naik angin, cepat sangat buruk sangka kat orang.
aku ramai jugak kawan non Muslim,in fact, kat sini, aku sorang ja cikgu yang Muslim dan Melayu..but why i can still live here, without any confrontation. kena moderate. bila aku solat, ada church bell rangs, or ada jiran yang pasang lagu kuat2, itu hak diaorang, kena tolerate la. diaorang tak perlu solat macam kita, diaorang ada cara khas diaorang untuk sembahyang. bila diaorang ada aramaiti, aku boleh choose nak pegi or tak. diaorang nak minum, minumla, diaorang tak pernah paksa aku minum or makan babi. diaorang nak minum banyak mana pun, it's up to them, walaupun kadang kadang aku ada jugak berada dalam majlis tu. yang penting aku tak minum.aku bukan pergi tempat yang bercampur gaul lelaki perempuan dalam gelap. tempat ni terbuka and rata-ratanya lelaki.
taksub ni macam tak elok untuk diamalkan. taksub ni tak boleh diamalkan, berwasatiah la semua. cukupla dengan berbangga dengan bangsa anda, jangan la terlalu taksub sampai mencela bangsa lain.semuanya Allah yang cipta.
pernah terdengar ada kawan yang bercakap, pasal kes wakil rakyat perempuan DAP kalau tak salah, yang masuk surau tak pakai tudung...kawan tu cakap "tak hormat Melayu langsung, masuk surau tak tutup aurat"
aku balas "dey, dia mungkin tak tau yang kena pakai tudung, yang imam dengan siak and bilal yang tau tu, apasal tak bagitau, or bagi ja kain pelikat yang ada kat surau tu mintak dia tutup sket rambut dia tu. and yang hang bising pasai orang bukan islam masuk surau tak pakai tudung apahal, yang orang Islam sendiri masuk masjid, rambut tersembul kat luar tu apa kes????, and lagi satu, kat mana nya tak hormat MElayu nya???kalau nak kata tak hormat pon, bukan Melayu, tapi Islam,tapi kes ni, bukan dia tak hormat, maybe dia tak tau....bukan dia terkinja2 dalam surau pon, bukan dia dok minum arak dalam surau tu pun, dia masuk bagi bantuan."
melayu ka, iban ka, kadazan ka, cina ka, india ka, whatever la, jangan taksub dengan bangsa sendiri... boleh kata semua kawan2 aku yang berbangsa lain dari melayu ada cakap, dalan bangsa diaorang pun ada yang terlalu taksub dengan bangsa sendiri...sedih
cukupla dengan berbangga dengan bangsa sendiri dan kenali orang lain yang berbangsa lain, banyak yang boleh dipelajari..aku bukan malu jadi Melayu, aku malu dengan Melayu yang terlalu taksub.
dan janganla pulak sampai tak mengaku Melayu...itu pun kira taksub tu. benci sampai tak mengaku dia Melayu...
p/s: boleh sukat ka berapa banyak darah Melayu yang seseorang tu ada?kalau boleh nak jugak sukat, pasal, rasanya xada orang yang 100% Melayu
dan lagi satu, ini mungkin pandangan peribadi aku, perkataan Allah, tak sepatutnya di ekslusif kan kepada Islam shaja. ingatla, agama Islam adalah untuk semesta alam. dan kita semua (muslim) percaya yang Allah adalah Tuhan Semesta Alam, maknanya untuk semua orang, benda dan segala-galanya diatas bumi, lagit dan dimana-mana sahaja, so kenapa nak melatah macam monyet bila ada Bible yang guna perkataan Allah? bukan dia mencarut pun. dan kalau takut generasi muda terkeliru, kena kuatkanla kita punya pegangan. kena ajar si kecil dari mula lagi.jangan asyik dok ajaq lagu apa nak nyanyi waktu persembahan penyampaian hadiah, macam mana nak undi AF, apa nak pakai kalau masuk rancangan Macam-macam Aznil, Fasha Sanda tu sapa, mana nak beli DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah....dan segalanya benda yang kurang berfaedah, dan boleh kata langsung tak berfaedah.
aku nak quote sorang yang aku jumpa dalam blog
"
Aku benci racists. Melayu ke, Cina ke, India ke... kalau nak cari gaduh semata2 sebab warna kulit lain, tolong pegi negara lain.
kalau bercakap pasal agama, soal kaum tak relevant. Tapi macam cerita ni tunjuk la, dalam IC je kata agama Islam, tapi realitinya banyak je orang sini beragamakan "Melayu".
Bila nak berdialog cepat pulak nak tunjuk samseng, konon2 nak menegakkan Islam.
Tolong la tau bezakan yang Melayu tu bukan Islam dan Islam tu bukan Melayu.
Racists be damned. Paling teruk bila gunakan agama untuk maintain ideology diorang"
http://cursingmalay.blogspot.com/2011/06/awkward-agama-gelangrantai-dan-siapa.html
bukan aku nak berkhutbah, cuma nak beringat2, kepada diri sendiri dan semua
jangan lupa solat